Mengapa anda perlukan Kalkulator Forex?

Mengapa anda perlukan Kalkulator Forex?

Kalkulator Forex adalah alat yang berguna untuk pedagang pemula dan pro. Dengan menggunakan instrumen ini pedagang boleh merancang tindakan mereka. 

Mengapa anda memerlukannya?

Setiap kali anda membuka urusniaga, adalah lebih elok jika anda mengetahui dengan tepat berapa dana yang anda gunakan dan apakah syarat-syarat untuk urusniaga tersebut. Congakan kasar tidak menjadi masalah jika anda seorang pedagang yang berpengalaman. Tetapi jika anda seorang pemula atau jika anda ingin memastikan anda telah membuat semua pengiraan anda dengan baik – kalkulator Forex FBS alat yang sangat berguna untuk anda.

Bagaimana cara menggunakannya?

Sangat mudah: anda masukkan parameter perdagangan anda sebagai input, dan secara automatik ia akan mengira output dan memaparkannya di layar yang sama.

Berikut adalah elemen input yang perlu anda masukkan:

Advertisement
  • Jenis akaun anda
  • Instrumen perdagangan anda
  • Nilai perdagangan anda dalam sebutan lot
  • Matawang akaun anda
  • Leveraj anda

Setelah anda mengisi lima elemen tersebut, anda akan segera memperoleh spesifikasi perdagangan yang berikut:

  • Saiz kontrak
  • Nilai per poin
  • Spread
  • Swap (long)
  • Swap (short)
  • Margin

Sebilangan besar data di atas terdapat di dalam kontrak spesifikasi  MetaTrader tetapi adalah lebih mudah bila semuanya sudah tersedia di depan mata anda berbanding sekiranya anda perlu mencarinya di terminal perdagangan.

Semua instrumen perdagangan yang ada di dalam produk-produk FBS juga tersedia di situ untuk dikira dengan kalkulator FBS Forex.

Read this: THIS Life Insurance Policy starts from Rs 300 per month: Check offers, plans, and more

user

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *